Bitcoin Scam & Ponzi Alert

Bitclub Network… PART 1

Post pembongkaran yang paling dinantikan, skim Bitclub Network ini bermula pada Julai 2014 lagi. Tetapi tidak berapa mendapat sambutan yang begitu menggalakkan ketika itu, hanya sekitar penghujung tahun 2015 sahaja Bitclub Network ini mendapat sambutan, itupun disebabkan oleh marketer marketer skim ponzi dan scam dari Malaysia dan Indonesia yang meletup (boom) kan Bitclub network ini. Dan 95% pelebur didalam skim ponzi Bitclub Network ini adalah dari Asia, 90% darinya adalah dari Asia Tenggara (South East Asia). Kini sedang HOT PANAS MELETUP di Malaysia.

Penulis merasakan tidak banyak yang akan dikupas, kerana modus-operandi nya sama atau hampir kepada apa yang pernah penulis bongkarkan sebelum ini di BitcoinAlert.Livejournal.com , terutamanya pada pembongkaran mengenai AviaBitcoin Network (ABN Network). Para pembaca boleh menggunakan ilmu mengenai pasti skim ponzi dan scam yang telah penulis ajarkan sebelum ini terhadap Bitclub Network ini.

Apakah Bitclub ini ? Dan Siapakah Pemiliknya ?

Bitclub Network mempunyai 3 Website, iaitu :

BitclubNetwork.com ialah laman utama bagi skim ponzi ini, manakala Bitclubpool.com ialah laman website data statistic mining pool nya, dan Clubcoin.co ialah laman website untuk cryptocurrency ClubCoin (atau CC) yang tiada nilai ciptaan Bitclub Network sendiri.

Penulis akan mengupas satu persatu mengenai setiap website milik Bitclub Network ini. Sementara itu, mari kita kenali siapa dibelakang skim ponzi Bitclub Network ini.

Veteran veteran didalam skim ponzi MLM Zeek telah dikenal pasti menjadi dalang dibelakang skim ponzi Bitclub Network ini. Anda boleh membaca pembongkaran yang dibuat oleh BehindMLM.com mengenai perkara ini DI SINI.

( * anda juga boleh membaca mengenai kes skim ponzi Zeek yang telah dibanteras oleh FBI dan sedang dibicarakan kerana menjalankan skim ponzi yang melibatkan sekitar USD $ 600 Juta – USD $ 850 Juta wang awam dari serata dunia, baca DI SINI. Dan anda juga boleh meng-google keyword “Zeek Ponzi Scheme” untuk mendapat lebih maklumat mengenainya.)

Seperti yang dikatakan oleh BehindMLM.com, mereka yang mula mula sekali mempromosikan skim ponzi Bitclub Network ini ialah orang orang yang telah dikenal pasti adalah orang orang yang sama yang menjalankan skim ponzi Zeek.

Lihat gambar di bawah :

Gambar dari : http://behindmlm.com

Dari gambar screenshot diatas, sudah cukup untuk membuktikan bahawasanya terdapat tikus tikus berpenyakit yang membawa wabak kencing tikus. Tikus tikus mengencing orang ramai, dan ramai yang nganga minum kencing tikus lalu terkena penyakit kencing tikus ini. Untuk pengetahuan para pembaca semua, didalam skim skim ponzi atau scam ini, orang yang terawal yang akan mempromote skim itu ialah pemilik dan orang orang yang rapat dengan pemilik sesuatu skim itu.

Penulis bagi contoh, jika para pembaca mengikuti atau mengenali saya sekian lama, pada Oktober 2014, saya telah membuat pembongkaran terhadap skim ponzi berasaskan forex iaitu GWGfx. Yang mana skim itu dimiliki oleh Encik Aminuddin Muhd Nor (a.k.a Ayahanda Amin atau Dato Seri Paduka Amin), yang mana “1st line” beliau yang membawa atau mempromosikan skim GWGfx itu ialah Encik Zaimi Azmi (Dato Seri Zaimi) dan juga Encik Muhammad Fadino Khairuman (Dato), yang mana Fadino ini juga kini menjalankan skim ponzi berasaskan Bitcoin yang telah penulis bongkarkan pada pembongkaran lalu DI SINI. Mereka ini, dari tauke skim ponzi itu dan 1st line nya yang bertungkus lumus mempromosikan skim yang mereka katakan terbaik di alam semesta abad ini, dan tidak akan mati, malah akan bertahan untuk selamanya untuk membantu orang melayu. Mananya ? Macam dah hilang sahaja dari peta alam semesta ini, hahaha cakap sahaja modal air liur bolehlah, orang tamak yang bodoh bolehlah mereka gebang.

( * maaf, Dato atau Dato Seri palsu dari Sultan Indonesia atau Sultan Sulu atau Sultan Melaka atau dari Sultan yang tiada Negara atau Negeri ini tidak sah dan tidak diiktiraf. Maka gelaran untuk mereka kaki gebang ini ialah ENCIK.)

Begitulah juga dengan skim ponzi Bitclub ini, mereka yang mula mula sekali mempromosikan Bitclub ini ialah mereka mereka yang “1st line” atau sememangnya tauke skim ponzi terbesar dan terkenal Amerika iaitu Geng Zeek.

Sekarang mari kita lihat siapa 1st line yang ditonjolkan oleh Bitclub Network ini secara live untuk meyakinkan pelebur pelebur bodoh, terutamanya melayu dari Malaysia ini.

Orang ini di kenali sebagai Mr. Russ Medlin dari Nevada, Las Vages, United States of America.

Dari kiri Encik MD KhairulFadli @ Meor Putrajaya @ Bitcoin Putrajaya dan Mr Russ Medlin

Mari kita kenali Mr Russ Medlin ini dengan lebih dekat lagi, siapakah beliau ini ?

Mr Russ Medlin ini pada tahun 2006 telah didakwa atas kesalahan memaksa melakukan hubungan seks atau ertikata lain merogol. Manakala pada tahun 2008, beliau sekali lagi telah didakwa atas kesalahan memiliki bahan lucah kanak-kanak, yang mana beliau ini boleh dikatakan seorang “Pedophilia”, iaitu merasa ghairah seks terhadap kanak kanak. Sila lihat gambar dibawah :

Gambar diatas dari SINI

Kepada yang tidak tahu, Russ Medlin ini adalah orang yang mempunyai reputasi buruk di Amerika dan terkenal sebagai kaki kencing skim Ponzi dan Scam. Antara skim ponzi atau scam milik beliau atau yang beliau sebagai 1st line membantu menaikkan meletupkan sesuatu skim ponzi scam itu, ialah PixMeUp, Pixel Ads, Matrix Position, BlockBuzz, Poker, Zeolite, dan berbagai lagi yang lain.

Sila click link dibawah untuk membaca dari forum forum yang membincangkan mengenai Mr Russ Medlin ini, ada yang bertarikh seawal dari tahun 2005 lagi.

Sekarang mari kita kenali pula, siapa kepala kepala besar skim ponzi Bitclub Network ini di Malaysia, atau 2nd line marketer setelah 1st line marketer geng Zeek ponzi iaitu Mr Russ Medlin. Lihat gambar dibawah :

Tahukah anda semua, siapa mereka mereka pada gambar diatas ? 3 ekor kepala besar iaitu Encik Dam Rong, Encik Sadik Sepakraga dan Cik Naz Abdul. Mereka ini adalah golongan marketer untuk skim skim ponzi dan MLM dari dahulu sejak sekian lama. Bitclub Network ini, bukanlah skim pertama atau kedua yang mereka gunakan untuk menipu duit orang untuk mereka hidup mewah atau mencari rezeki, tetapi sudah yang ke berapa belas atau mungkin lebih.

Benar maklumat yang saya terima yang mengatakan mereka ini “kaki” (pengemar atau kepala) MLM dan skim skim ponzi, dan dari maklumat itu saya mencari kebenaran dan kesahihannya.

Cuba anda tanya kepada Encik Sadik itu, aku tanya apa khabar BossVenture yang terbaik pada abad ini ? hahahaha beliau sebelum ini membawa dan menjadi marketer untuk skim ponzi yang dikenali sebagai BossVenture (sila google). Mana pergi “terbaik pada abad ini” ? takkan dah arwah kot ? Bukan itu sahaja, BVI dan entah apa lagi skim yang pernah dibawa oleh Encik Sadik itu, semua yang beliau bawa itu, beliau katakan terbaik. Hakikatnya, semua skim itu K.O dalam waktu yang singkat, dan beliau tidak insaf insaf lagi pada melakukan skim ponzi dan makan duit haram dengan menipu orang. Mendapat kemewahan dari kesusahan dan air mata orang lain.

Begitu juga dengan si Damn Wrong @ Dam Rong dan Nazurah Abdul Rahim, mereka berdua ini adalah kawan sekian lama, mereka berdua dari Penang. Sekian lama berkecimpung didalam MLM dan skim ponzi ini. Entah berapa ribu orang telah mereka tipu dan memakan duit haram dari kesusahan dan air mata orang lain. Lihat gambar dibawah :

Yang satu lagi tu, Encik MD KhairulFadli (Meor) tu. Penulis begitu mengenali Ustaz Lebai “The Mask” ini. Mempunyai mannerism yang begitu lembab, bengap, lalang dan pendirian yang goyah (yang berubah bila ada kepentingan diri). Beliau ini suka menggunakan atau istilah zaman sekarang suka memetik suis agama untuk menampakkan diri beliau baik beriman kononnya serta untuk menghalalkan cara demi matlamat diri beliau.

Penulis pernah secara peribadi bertanya kepada Encik MD KhairulFadli itu, seperti yang berikut :

Penulis : “Kau tak tahu tak Bitclub tu money game ponzi punya skim. Kenapa kau masuk ?

Meor : “Aku tahu, tapi yang ini yang bagi aku income banyak dan senang buat dari business vending machine aku.

Penulis : “Tapi kau ajak cari orang masuk, kau buat network, kau tak rasa ke kau menipu dan menganiaya orang ?”

Meor : “Aku nak buat macam mana ? aku ada anak bini nak kena tanggung. Family first

Begitulah kisah Tsa’labah modern. Hanyut dengan duniawi sehingga terlupa halal haram dan memiliki iman yang nipis. Memberi anak isteri makan dari jalan yang haram, dari rezeki yang haram, yakni dengan menipu dan memperdaya duit orang ramai untuk masuk ke dalam skim ponzi yang beliau ceburi.

( * kenapa saya mengelarkan beliau ini sebagai Tsa’labah ? kerana si MD Khairulfadli ini tidak pernah berkecimpung didalam perniagaan online mahupun network marketer. Bitclub Network adalah platform pertama beliau, itupun setelah beliau mendengar dan mempelajari serba sedikit mengenai Bitcoin dari penulis. Penulis ingatkan beliau hendak bersama penulis, rupa-rupanya beliau memasuki skim ponzi Bitclub ini terlebih dahulu. Seorang yang haprak dan tamak, kemudiannya lupa daratan, lupa kepada halal haram kerana di hanyutkan oleh duniawi. Itulah Tsa’labah.)

Beliau juga adalah taraf anak murid penulis, banyak yang beliau belajar dari penulis, dari kawan sehinggalah menjadi musuh. Malah beliau juga berkias di wall facebook nya dengan quotes yang menyatakan “work hard untill your idol becomes your rival”. Hanya satu sahaja penulis ingin katakan kepada beliau ini, keep on dreaming because you will never and you are not even near to my intellectual wavelength. Dan didalam islam juga ada perkara keberkatan atau tidak, bagaimana seseorang yang melawan guru (atau orang yang beliau belajar ilmu darinya) boleh berjaya didalam hidup ? Tahukah anda semua, taraf seorang guru adalah seperti ibu bapa ? yang mana marahnya seorang guru itu kepada anak muridnya, maka ianya juga murka Allah kepada orang itu ? Dunia lagi akan mendapat balasan. Sudah banyak penulis lihat orang yang dikenakan “bala” oleh Allah. Sendiri mau ingat…

Penulis juga tidak mempunyai rasa hormat kepada orang orang atau golongan sebegini, menjual agama demi matlamat dan kepentingan diri serta duniawi. Mereka ini golongan haprak yang tidak professional. Mereka tidak ada fakta untuk menjual sesuatu jualan mahupun untuk mempertahankan diri, mereka mempunyai self-esteem yang rendah terhadap produk mereka, dek kerana ini mereka hanya menggunakan putar belit agama untuk meraih simpati dari golongan melayu brainless. Bukan hanya mereka ini, tetapi kesemua mereka yang terlibat didalam skim ponzi akan menggunakan agama untuk menutup kesalahan jenayah atau penipuan mereka. Tidak payah dibayangkan jika mereka itu ahli PEKIDA geng 29 kah, geng 30 kah, geng 36 mahupun geng 77 lagi lah teruk (tetapi hampir kesemua kepala skim ponzi adalah dari ahli ahli geng ini), kesemua mereka ini golongan brainless yang bertopeng dan menjual agama. Belum pernah penulis berjumpa mereka ini genius genius atau inventor mahupun businessman tersohor dunia, dari Ayahanda hingga ke cucu cicit kesemuanya bodoh bodoh belaka setakat taraf hero kampung dan samseng kampung. Penulis bukan hendak mengata, penulis pernah mendengar golongan puak geng ini berkata “keluar dari kumpulan mereka, sama seperti keluar islam (murtad)“, mereka punyalah takut kehilangan ahli, kerana erti kata lain, mereka akan kehilangan sumber pendapatan dan pengaruh.

“Mencari rezeki yang halal adalah wajib sesudah menunaikan yang fardhu (seperti Solat),”

— hadith riwayat At-Thabrani & Al-Baihaqi —

Legality

Mari kita lihat dari sudut legality Bitclub Network ini pula, sebagaimana pada artikel artikel pembongkaran yang lalu. Kita mulai dengan pendaftaran bagi ketiga-tiga domain name website milik Bitclub Network ini. Lihat gambar dibawah :

WHOIS diatas dari : http://whois.domaintools.com

Telah berkali kali penulis menerangkan dan memberitahu bahawa, majoriti skim ponzi atau scam ini akan mendaftar atau mempunyai pendaftaran perniagaan mahupun domain name website mereka di Panama. Kerana apa Panama, wallahualam. Tetapi anda boleh membuat homework sendiri pada carian Google DI SINI.

Dua (2) domain name milik mereka iaitu BitclubNetwork.com dan BitclubPool.com telah didaftarkan di negara Panama. Nama pendaftar, syarikat dan alamat si pendaftar adalah private (rahsia). Manakala untuk domain name ClubCoin.co pula, server nya terletak di Panama, dan ianya didaftarkan atas nama dan alamat seperti yang berikut :

Nama Pendaftar         : Bit Wealth
Organisasi Pendaftar : BitClub
Alamat Pendaftar       : 13 Banul Andronache St, Sector 1, Bucharest 011663, Romania.

Tahukah anda yang mereka ini sebenarnya penipu ? Kenapa saya berkata begitu ? Sepatutnya nama pendaftar ialah nama seseorang, bukan nama organisasi atau nama syarikat, Tetapi nama pendaftar hanya diletakkan sebagai Bit Wealth, ianya tidak transparent. Dan… yang paling mengkagumkan penulis ialah, alamat pendaftar itu ialah alamat palsu. Ianya adalah pejabat milik syarikat insurance gergasi iaitu AIG Capital Management. Lihat gambar dibawah :

Gambar diatas dari : http://newyork.mae.ro

Ini bukan shared office, ataupun virtual office. Syarikat seperti AIG tidak menyewa pejabat shared atau virtual office. Syarikat seperti AIG kebiasaannya membeli atau menyewa ruang pejabat atau bangunan untuk kegunaan syarikatnya sahaja. Tidak berkongsi dengan syarikat lain atau orang lain.

Paling penulis tercenggang melihat kesaktian Bitclub Network ini ialah, BitClub Network ini yang kononnya syarikat legal dan mengambil deposit orang ramai untuk melabur, Tiada nama syarikat dan tiada nombor pendaftaran syarikat dan di negara mana syarikat tersebut ditubuhkan serta tertakluk dibawah perundangan negara mana ? tiada CEO ? tiada management chart ? malah tiada alamat pejabat apatah lagi ibu pejabat mahupun representative office ? Habis pelebur semua berurusan dengan siapa ? hantu ? atau tangan tangan ghaib penyamun di belakang ?

Cuba anda pembaca semua, melihat sendiri website BitClub Network itu, nyatakan dimana Ibu Pejabat nya ? Bukan itu sahaja, malah pelebur pelebur juga tidak diberikan apa apa kontrak perjanjian dan tidak dilindungi oleh perundangan (anytime boleh cabut), seperti biasa, hanya website hantu yang tidak diketahui pendaftaran pemiliknya, yang mana website ini boleh di tutup pada bila bila masa atau diserbu oleh Pihak FBI, memandangkan orang orang didalamnya mempunyai kaitan jenayah lampau.

Modus-Operandi

Mari kita lihat modus-operandi mereka ini, mari kita lihat betapa “pakar” atau pakau nya mereka ini jika dibandingkan dengan penulis. Lihat gambar dibawah :

Gambar diatas dari : http://bitclubnetwork.com/admin/news.html#

Dari gambar diatas, anda semua boleh melihat betapa “pakar” dan kononnya technical expert mereka di BitClub Network itu. Kesilapan kecil seperti ini memperlihatkan mereka tidak mengetahui apa yang mereka ceburi. Perkara ini adalah terlalu asas untuk terjadinya kesilapan. Berita syarikat pada gambar atas juga ditulis sekitar bulan Oktober, tidak diketahui Oktober tahun bila, 2014 atau 2015. Tetapi penulis beranggapan ianya pada Oktober 2014 kerana ianya kelihatan seolah olah baru bermula. Perlu diingatkan Bitclub Network ini mula beroperasi sekitar Julai 2014. Dan Bitclub Network hanya bermula hanya dengan 40 TH/s bagi setiap mining pool mereka, bermakna ianya 120 TH/s (factor “X”) untuk 3 mining pool mereka secara keseluruhan. Jika Bitclub Network memulakan mining (melombong) mereka secara rasminya pada Oktober 2014 sehingga kini March 2016, ianya adalah 17 Bulan. Jadi Penulis berkehendakkan anda para membaca mengingati perkara ini kerana penulis akan mengupas mengenai perkara ini seterusnya untuk membongkarkan penipuan mereka. Ingat 17 Bulan ya… 17 Bulan !!!

Untuk pengetahuan pembaca semua, cryptocurrency seperti Bitcoin menggunakan ASIC, manakala kebanyakkan Altcoin (Alternative Coin) seperti LiteCoin dan DogeCoin menggunakan Scrypt.

Tidak semua cryptocurrency menggunakan mining hardware yang sama, kerana mereka berlainan algorithm. ASIC menggunakan algorithm SHA256 manakala Scrypt menggunakan algorithm proof-of-concept. Keduanya adalah berlainan perkiraan matamatik nya. Sebagai contoh, mining hardware untuk melombong Bitcoin tidak boleh diguna untuk melombong LiteCoin atau DogeCoin. Begitulah sebaliknya, mining hardware untuk melombong LiteCoin atau DogeCoin tidak boleh digunakan untuk melombong Bitcoin. Keduanya adalah tidak sebulu dan tidak ngam.

Perkataan Cryptocurrency diambil dari perkataan Cryptographic dan Currency. Cryptographic ialah terma yang digunakan untuk encryption atau istilah yang mudah difahami ialah code (kod). Jikalau anda seorang yang intelligent, anda akan biasa dengan “cipher” dan akan mendapati ianya seakan akan. Dimana cipher adalah kod yang tersembunyi didalam penulisan, lukisan dan sebagainya, manakala cryptographic ialah didalam bentuk digital perkomputeran.

Bongkar… mari penulis bongkarkan kenapa penulis mengatakan mereka (Bitclub Network) ini adalah skim ponzi atau money game scam. Hanya jauhari mengenal manikam, sekilas ikan di air telah ku tahu genius atau brainless. Lihat gambar dibawah :

Gambar diatas dari : https://bitclubpool.com

Dari gambar diatas, anda akan dapat melihat bahawa Bitclub Network ini memberikan “Free Pool” tanpa sebarang bayaran atau bayaran perkhidmatan kepada mana mana miner (pelombong) untuk bersambung dengan Pool (stratum server) mereka. Sedangkan rata rata Mining Pool akan mengenakan bayaran perkhidmatan kerana menumpang mining pool mereka sekitar 2% dari apa mereka dapat dari melombong di pool mereka.

Kenapa Bitclub Network memberikan Free Pool ini ? ialah kerana mereka hendak membuat “magic show” atau silap mata. Kerana, maaf penulis suka berterus terang, kerana terlalu ramai orang bodoh sombong, sudahlah bodoh sombong pula, tak sesuai. Terlalu ramai orang yang bodoh sombong, konon pakar. Yang mana ramai orang ini hanya melihat apa dan sejauh yang mata boleh lihat, tetapi penulis melihat menggunakan mata akal dan mata hati, untuk melihat disebalik itu, tanpa batasan.

Bitclub Network memberikan Free Pool ini ialah kerana, mereka mahu miners kecil kecilan (pelombong pelombong kecil persendirian ini) dari serata dunia ini untuk menyambungkan mining hardware ke server pool mereka, supaya kapasiti keseluruhan (total hashrate / total computing power) mereka kelihatan besar dan gah, hakikatnya hanya sebesar biji kuaci sahaja. Ianya adalah suatu bentuk “deceiving” (pengeliruan) supaya golongan pelebur bodoh tetapi sombong ini mempercayai kata auta mereka.

Penulis di sini sekali lagi berhendakkan para pembaca semua mengingati perkara ini, seperti gambar diatas, kapasiti Hashrate atau computing power yang mereka gebang paparkan ialah 37.26 PH/s (Petahash per/second) atau persamaan dengan 37,260 TH/s (Terahas per/second). Ingat ya perkara ini.

Sekarang penulis hendak reverse-engineering terhadap perkara ini, supaya para pembaca semua boleh melihat berapa sebenarnya kapasiti Hashrate mining mereka. Lihat gambar dibawah :

Gambar diatas dari : https://www.blocktrail.com/BTC/pool/bitclubnetwork

Dari gambar diatas, kita boleh melihat sendiri rekod mining mereka secara LIVE DI SINI, rekod mining yang bermula semenjak 11 bulan yang lalu. Yang kononnya kapasiti Hashrate mereka 37.26 PH/s, hakikatnya takkanlah 37.26 PH/s hanya boleh mendapat 997.72 Bitcoin sahaja secara purata setiap bulan, hahahahaha sarkas. Lihat gambar dibawah :

Jadi tuan tuan puan puan dan para para hadirin hadirat para pembaca sekalian, disini penulis menggunakan simple math untuk membuat kira kira. Ingatkah pada perenggan terdahulu diatas, penulis meminta pembaca semua mengingatkan 5 perkara sebelum 5 perkara, ehh bukan…, mengingati 17 Bulan dan 37.26 PH/s ? Ok sekarang mari kita guna pakai.

Bitclub Network mula merekodkan rekod mining mereka semenjak 11 bulan yang lalu, sekitar April 2015. Mereka mula mining sekitar Oktober 2014, sekitar 17 bulan yang lalu. Betul ?

Rekod mining Bitclub Network ialah sebanyak 439 Blocks semenjak 11 bulan yang lalu, dan 439 Blocks itu hanya mendapat sekitar 10,975 Bitcoin sahaja.

1.)
Jika 10,975 Bitcoin
      /        11 Bulan
     = 997.72 Bitcoin secara purata setiap bulan.

Betul ?

2.)
Manakala Jika 10,975 Bitcoin
                       /       17 Bulan
                      = 645.58 Bitcoin secara purata setiap bulan.

Betul ?

Ertikata lain, Hashrate atau computing power untuk melombong Bitcoin sekian banyak bagi setiap bulan ialah :

1.) 997.72 Bitcoin = 10.33 PH/s atau 10,330 TH/s

atau

2.) 645.58 Bitcoin = 6.7 PH/s atau 6,700 TH/s

maka…

Jika 17 bulan – (tolak) 11 bulan, berbaki 6 bulan yang mana jika di ambil faktor “X” diatas, iaitu 120 TH/s ketika Bitclub memulakan mining pool mereka, 120 TH/s itu hanya mampu menjana 11.59 Bitcoin sahaja setiap bulan. Sarkas… !!!

Kesimpulannya :

Mana datang 37.26 PH/s kapasiti Hashrate mining server mereka ? Mereka hanya memilik 1/4 sahaja dari keseluruhan jumlah Hashrate yang dipaparkan. Sekitar hanya 6.7 PH/s hingga 10.13 PH/s sahaja sehingga kini 7hb March 2016. Selebihnya Hashrate itu adalah milik orang lain atau mereka yang menyambung (linked) kepada Mining Pool Free mereka itu. Itulah helah atau tujuan mereka membuat “Free Pool” itu, supaya kapasiti keseluruhan mereka tampak dan di lihat besar gah, hakikatnya auta dan gebang.

Cuba anda fikir bagaimana mereka hendak membayar 7000++ pelebur mereka ? Jika diambil rata 1 keping bitcoin setiap seorang pun, mana cukup 997 untuk dibahagikan dengan 7000++ ? Jika 997 dibahagikan dengan 7000 genap sekalipun, ianya 0.14 Bitcoin sahaja setiap bulan. Bagaimana mungkin mereka membayar pelebur mereka dengan daily ROI, ya… mereka membayar ROI kepada pelebur mereka setiap hari. Bukan bulan bulan atau tahunan ya, tetapi setiap hari.

Masuk akal atau tidak ? Nantikan sambungannya pada Part 2.

Bersambung pada Part 2 DI SINI

.